Friday 16 December 2011

Ape itu doa Rabitah??

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani


Ehem..kite nak cite pasal doa rabitah...sape yang tak tahu ape itu doa rabitah??
sure-sure lah ramai yang dah tahu kan?yang tak tahu tu meh2 ana cite sikit...heee...




Doa rabitah itu adalah medium untuk kita merapatkan ukhuwah sesama insan :),medium pemberi semangat untuk para da'ei untuk berdakwah ketika mengucapkannye,untuk membersihkan hati..Doa ini juge sepatutnye menjadi peringatan buat kita bahawa kite sama-sama telah berjanji untuk memperjuangkan agama Allah S.W.T.....
haaaa!..besarkan peranan doa rabitah ni?


ana dulu pun tak tahu ape itu doa rabitah...masuk KMM barulah ana tahu...orang duk bace doa rabitah ana senyap je....hehe..buat malu je kan??tapi ape yang nak dimalukannye..kite sama-sama belajar dari bawah...jadi ana pun balajar dan cube-cube search ape itu doa rabitah..... =)


0key..disini ana nak sertakan doa rabitah..bace tau!! :)



YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini.


Dekat sini ana sertakan juge video doa rabitah..


moga bertambah lagi KEKUATAN UNTUK BERDAKWAH dan bertambah iman di dada..:)
sampai sini je..
assalammualaikum w.b.t

2 comments: