Wednesday 21 December 2011

J.O.D.O.H

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah..masih berkesempatan untuk menaip entri kali ni :) syukur-syukur
dan alhamdulillah,beberapa sahabat ana di mukabuku yang hampir sebaye dengan ana akan melangsungkan hari bersejarah dalam hidup mereka tak lame lagi :) ana tumpang gembira melihat kebahagiaan yang bakal mereka kecapi =D 


Sabda Rasulullah s.a.w ;
''nikah adalah sunnahku(jalan agamaku) maka barangsiapa yang cintakan agamaku maka hendaklah dia menjalankan sunnahku itu''.  (riwayat Abu Ya'la  dari Ibnu Abbas r.a)


Saidina Abbas r.a. berkata:
“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”




Alhamdulillah...tapi secare jujurnye.....ana sangat cemburu terhadap mereka.. kenape?? sebab mereka akan bernikah ! banyak tau kebaikan bernikah awal ni..Dengan pernikahan, ia akan melengkapkan separuh dari agamanye,malahan,mereka akan dapat pahala EXTRA bila berkahwin awal ni..almaklum lah kan..kaum hawa ni memang senang nak dapat pahala walaupun buat kerje sikit je..sikit un tapi agak susah untuk dilaksanakan..okey j0m kite survey ape tugas-tugas seorang isteri :)

  • menjadi pendamping suami
  • mengungkapkan rasa cinta kepada suami
  • menjaga kehormatan suami
  • jangan mengeluh dan mengumbar penderitaan sembarangan
  • bersikap menyenangkan

haa tu la tugas seorang isteri..okey sambung cite,selain daripade dapat pahala bergande2,mereka yang dah berkahwin ni Kalau sakit, ada tempat untuk merintih, Kalau rindu ada hati untuk mengadu. Kalau cinta, ada insan sudi bermanja...hehe...tu kalau dah kahwin la...kalau belum boleh buat ke sume tu ??
urm tu la untungnye orang yang berkahwin.. :( okey takpe,mungkin belum sampai seru lagi..anggap je diri belum cukup matang untuk menggalas tanggungjawab tu (alasan untuk memujuk hati sendiri )

heee...itulah hakikat seorang muslimah..tunggu pinangan daripada lelaki je lah,kan ?? ana ada baca blog seorang ukhti ni..bakal bernikah januari ni :) post tentang jodoh untuk muslimah...ana copy and paste je... :)




Begitulah hakikatnya seorang muslimah, soal jodoh sememangnya terlalu berat bagi mereka. Segala-galanya serba tidak kena jika urusan yang satu ini tidak selesai. Paling-paling kurangpun, diusia-usia 25 tahun ini, sudah ada ‘teman tapi mesra’ di sisi walaupun belum comfirm si dia untuk menjadi bakal suami. ITetapi tu lebih baik daripada tiada langsung, kuranglah sedikit kadar keresahan yang bersarang, rezeki masing-masing siapa yang tahu?

Ada satu risiko yang sering menghantui seorang wanita mahupun muslimah, yang tidak ada pada seorang lelaki dalam soal jodoh, iaitu ‘siapa mahu mencari siapa?’

Bagi seorang lelaki, mencari jodoh itu bukanlah masalah 'umat' yang terbesar untuk diri mereka, kalau terasa mahu berkahwin, bila-bila masa sahaja mereka boleh berusaha. Kena reject tu biasalah, kata lelaki? Namun, pernahkan anda terfikir ianya suatu yang sukar bagi seorang wanita? bukan mudah-mudah mahu mencari jodoh, nanti akan disindir sebagai wanita murahan yang terhegeh-hegeh.

Pepatah ‘Ketuanan’ Melayu ada menyebut: ‘Jangan menjadi perigi yang mencari timba’

Adakah seorang lelaki pernah sesekali memikirkan kondisi tersebut? Lelakikan ego!  (okey part nih memang ana setuju sangat ! )

Ana percaya, kalaulah tiada dicipta pepatah ‘perigi mencari timba’ sudah pasti separuh daripada keresahan seorang wanita itu akan hilang. Mereka bebas menentukan soal jodoh mereka tanpa ada rasa malu dan tertekan. Muslimah boleh terus menyambung pengajian atau kerjaya mereka walaupun ketika itu usia mereka akan menjangkau 30 tahun tanpa sibuk memikirkan siapakah bakal jodohku nanti.
Ketika itu, barulah lelaki tahu betapa mahalnya harga wanita yang bernama muslimah. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang sanggup menangis-nangis hanya untuk memiliki wanita biasa. Menyesal tak sudah!



WAHAI LELAKI ,HILANGKAN RESAH WANITA


‘Ustaz, saya mahu melamar ustaz sebagai bakal suami saya, sudikan ustaz menerima lamaran ini?’


Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki.




 Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha. Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda. Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini. YAKINLAH! Ana sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah. Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa. Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran. Ana terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki. best bace post kakak tu..sedikit sebanyak menyedarkan diri sendiri... okey lah sampai sini je post untuk kali ini..tapi sebelum itu,ana nak ucapkan semoga berbahagia hingga ke Jannah kepada bakal pengantin :)‘Ustaz, saya mahu melamar ustaz sebagai bakal suami saya, sudikan ustaz menerima lamaran ini?’ Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki. Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha. Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda. Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini. 


 YAKINLAH!


 Ana sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah. Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa. Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran. Ana terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki. 

bestkan ? okey setakat ni saje post untuk hari ini,sebelum tu,ana nak ucapkan selamat pengantin baru buat kakak yang sangat baik :) dan bakal zauj dunia akhiratnye..moga kalian diberkati Allah selalu :)

lagu untuk kamu sis cantek dan bakal zauj !



dan ni untuk bakal zauj kakak ..jage kakak ana baik2..




  Assalammualaikum :)

2 comments:

  1. Well, this is really hard for me to read. :) buy runescape accounts

    ReplyDelete
  2. Salam, khaulah al adawiyah, sy ade kenal seorang di halaqah.net, awak ke tu..lame mencari tapi x dapat..sory if salah org..salam..

    ReplyDelete